Saturday, August 31, 2013

♥ erti MERDEKA ♥

Assalamualaikum dan Salam Kemerdekaan....

lama aku tak menconteng dan tak mengadap blog ni...
kalau mayat....dah tinggal tulang kot....
so....sempena malam merdeka ni...
terbuka hati aku utk update blog ni...
maybe for the last time...
and pasni...no  more blog...
:)

kadangkala...
kita sering terfikir...
kita sering menyalahkan takdir...
knp jadi mcmni...
kenapa jadi mcmtu...
as simple as abc..
dah ketentuan dan kehendak Illahi...
maka semua yg kita rancang xmenjadi...
and for me...
aku dah close cerita lama...
END THE STORY

mesti ada yg akan ckp...aku suka buat wayang...
tapi ketahuilah...
aku yg rasa...dan aku yg melalui semua ni...
so...please shut up and leave me with my story...
no need to pointing fingers to anybody...
and for sure...
aku xsalahkan sesiapa pn utk semua yg terjadi...
honestly...
aku dah cukup terlalu dewasa utk melalui semua ni...
and for the 1st time in my life...
aku betul2 rasa MERDEKA jiwa dan raga...

MERDEKA lah jiwamu...
MERDEKA lah jiwaku...
andai ketentuan ini yang terbaik...
usah di keji dan dipersoalkan kehendak yg Esa...
wlpn bnyk kesilapan dan kekhilafan berlaku...
tapi Alhamdulillah....aku masih mampu menghadapi semua yg terjadi...
wlpn tidak mampu berlari...at least...
aku mampu merangkak utk membina hidup kembali...
wlpn xmampu ada disisi...cukuplah doakan aku menjadi yg terbaik kepada sang Pencipta...
sesungguhnya...kdgkala....aku hanya mampu merintih disatu ruang hati yg masih berbaki sakitnya bila ini terjadi....mmg aku bukan wanita hebat utk mengubah dunia...mengubah hidup insan lain...tapi berilah aku ruang dan peluang utk aku rasa hidup seperti insan lain....

tidak mudah untuk melunturkan dan membersihkan sisa memori...
tapi aku yakin...ALLAH dah kurniakan sesuatu yg terbaik utk aku...
amanah yg tidak terhingga...
wlpn hadirnya bukan disaat yg aku duga..
Insyaallah....akan ku jaga amanah ini...
amanah yg aku sendiri xmampu utk hadapi seorg diri...

and for u....dont worry....i will make it happen at my own...

:)


thnx and salam..
nurul arifin-skudai-310gos2013

Thursday, May 16, 2013

♥ HAPPY TEACHERS DAY 2013 ♥

♥ SELAMAT HARI GURU 


ini saye **koya metar**


salam dan selamat hari guru untuk semua guru didunia...
teruskan menjadi sumber dan inspirasi insan lain...
moga syurga jaminan kita kelak...


**hope ada la yg bagi adiah special esok**

I LOVE BEING A TEACHER..
I LOVE MY CAREER...
I LOVE U ..

:)





Thursday, May 2, 2013

❤ HAPPY ❤




  • HAPPY ❤ 

    ❤ TQ SO MUCH 





    LUAHAN ❤ SEORG PENJAWAT AWAM
    Pilihanraya ni adalah medan untuk mereka yang bertanding menawarkan kaedah terbaik bagi mereka mentadbir Negara, jadi aku lihat manifesto serta kelayakan calon dan parti yang bertanding. Kelayakan ini termasuklah juga track record serta sedekat mana mereka dengan ciri-ciri pemimpin mengikut acuan Islam.




    Lagipun, kita orang Islam buat keputusan kena fikir sampai hari Akhirat sebab banyak ayat Al-Quran sebut tentang pengikut akan disusun ikut pemimpin yang mereka pilih masa di dunia & lepas tu ikut saf Nabi Muhammad. Kalau pemimpin yang dipilih nanti dibangkitkan dalam group lain daripada saf Nabi, apa pula harapan pengikut? Jadi, neraca aku sebagai orang Islam senang.

    So, siapa akan aku pilih?
     Setakat ini sebagai penjawat awam, jujurnya manifesto PR utk penjawat awam yang dinyatakan oleh Dato Husam bila bertanding di Putrajaya amat menarik sebab ia dibuat betul-betul 
    memahami isi hati aku.

    Pertama, soal rumah. Rumah mahal satu hal, tapi bila buat pinjaman kerajaan pun kena ada caj & faedah pula. Dato’ cadang kalau PR menang, faedah & caj pinjaman ni mereka akan buang sebab tak logik orang kerajaan kerja untuk kerajaan dan rakyat, tapi kena caj atas benda-benda tu. Lainla kalau buat loan bank sebab bank tu buat bisnes.

    Kerajaan Kelantan yang bajet terhad tu pun dah lama buat, x bankrap pun negeri, so bagi aku realistik. Lepas tu Dato’ janji, kalau PR review balik cara urus kewangan negara & boleh tutup kebocoran berpuluh billion setahun spt yang Ketua Audit Negara bagitau, PR bercadang nak bagi 4 bulan bonus kepada penjawat awam utk tahun pertama perintah. Honestly, aku ragu juga betul ke boleh buat? Tapi kerajaan sebelum ni pun x pernah bagi lebih 2 bulan, so nak juga aku tengok & nothing to lose pun. Pikir-pikir balik – kutipan cukai LHDN diumum setiap tahun naik berbillion, member-member dalam kompeni kerajaan seperti Petronas, TNB, Telekom, PNB, ada yang dapat bonus sampai 6 bulan, padahal tu kira hak kerajaan & hak rakyat macam aku jugak, kenapa kemakmuran tu x boleh dikongsi dengan adil?

    So, aku akan pilih PR sebab nak tengok setakat mana diorang boleh bagi. Staf aku yang 41 kebawah pulak akan dikecualikan income tax. Make sense sebab ada staf bawahan aku ni terpaksa buat dua kerja cashier kat Tesco, meniaga pasar malam nak tanggung family. Relief2 mcm ni campur janji PR utk toll free, air free 20cubic, kurang2 boleh bantu depa utk stay malam di rumah didik anak2, produktiviti pun meningkat sbb fokus satu kerja aje. Yang terbaru, PR nak bayar gaji ikut minggu yang lebih adil kerana rupa-rupanya ikut sistem gaji bulanan sekarang, setahun dikira 12 bulan = 12 x 4 = 48 minggu, sedangkan ikut sistem mingguan, setahun = 52 minggu. Jadi ada 4 minggu dlm sistem skrg yg gaji x dibayar. Jadi, nanti kalau PR naik, kakitangan awam akan dapat 1 bulan gaji lebih dalam setahun,

    Alhamdulillah. Kalau tengok track record, Dato’ Husam & PAS Kelantan antara kerajaan yang mula-mula introduce polisi yang dekat dengan penjawat awam – hari berkerja 5 hari, cuti bersalin 60 hari, cuti untuk suami, rumah/quarters wajib paling kurang 3 bilik, pinjaman x ada faedah etc..so worth it utk aku tgk stkat mana dia perform di peringkat Pusat. Kalau x jalan, next PRU aku tukarlah.

    Tak takut ker? 
    Hehehe..ramai tanya kat aku benda ni..aku check dgn kawan2 lawyer, sekarang undi 100% rahsia sebab no. siri dah ditiadakan atas kertas undi. So, apa nak takut lagi? Takut yang mutlak pada Allah – Dia yang bagi rezeki – Kalau PM & satu dunia nak bagi aku naik pangkat, tapi Allah kata tak, tak naik. Kalau satu dunia tak nak bagi aku 10sen, tapi Allah kata bagi, dapat.. . Lagipun x ke pelik kena takut. Bahkan takut itu tunjukkan something wrong dengan system yg ada & sah2 kena ubah.

    Tak kenang budi ke? 
    Hehehe..ini satu yg selalu member2 dok tanya. Jujur, aku berterima kasih dengan kerajaan BN sebelum ni. Banyak pembangunan fizikal dibuat. Macam Putrajaya ni, infra dia bagus. Tapi untuk isi dengan benda2 bersifat dalaman ni, aku rasa PAS sbgai komponen PR lagi layak. Pergi ajelah Bangi sekarang. Sejak PAS & PR pegang Selangor, aku tengok parking Masjid Hijau tu penuh & sibuk selalu time solat & kuliah maghrib. Masjid & surau lain pun aku tengok sama. Orang x pergi surau x nampak la benda2 macam ni kan? .. BN buat sekolah, tapi aku nak PAS yang isi dengan pendidikan Islam diorang mcm Tahfiz Sains di Kelantan. BN buat masjid, tapi aku nak PAS yang isi dengan program ulama2 yg boleh menyentuh hati & didik aku & keluarga.

    BN buat highway, tapi aku nak PAS & PR ‘free’ kan dia dari tol mcm Ustaz Hadi Awang bagitau Islam haramkan cukai jenis pukul rata org miskin & org kaya. Wakil2 rakyat PAS & PKR pun aku tahu ramai jenis kaki surau. So, aku berterima kasih dengan UMNO/BN, tapi aku lebih bersyukur pada Allah Taala dgn pilih wakil rakyat ikut acuan Dia.

    Tak takut DAP ke? 
    Hahaha… DAP bertanding 51 kerusi aje daripada 222. Nak pegang negara mcm mana? Calon Melayu Islam PAS, PKR & 2-3 org DAP pun ada 145 orang lebih ramai dari 132 calon Islam dalam UMNO/BN.

    Apa nak takut? 
    Lagipun DAP ini mcm MCA dalam BN lah. Ada kakitangan awam yang bengang juga dengan DAP sebab kenyataan Tony Pua yang sebut nak kurangkan bilangan kakitangan yang ada. Tapi aku check dlm kenyataan Dato Husam terbaru, semua kekal, bahkan yang kontrak pun akan dinilai untuk ditetapkan jawatan.

    Tak takut dengan Anwar ke? 
    Hehehehe…ini pun satu. Kesian pun ada aku kat Datuk Seri Anwar & keluarga dia. Masa belajar di MCKK, dia yang tubuhkan Badan Agama sekolah, lepas tu kembangkan ABIM, sekarang lepas keluar UMNO kena kata macam2. Sejak pemuda, kalau kita google dia aktif dalam belia Islam Antarabangsa dan rapat dengan ulama2 besar spt Dr Yusof Qardhawi, Prof. Ismail Ibrahim & Syeikh Jabir Al-Awani. Memang media mainkan kata2 ramai kawan2 dia yang tinggalkan dia dan kata macam-macam, tapi in the end, aku tengok juga bagaimana pembentukan keluarga kerana itu asas kejayaan seorg lelaki atau suami. Isteri dan anak-anak dia nampak lebih dekat dengan Islam berbanding ramai kalangan kita pun. Aurat jaga, personality pun jaga. Nak hipokrit susah benda-benda ni kalau sampai berpuluh tahun.

    Ada kawan2 kita yang dok Melbourne bagitau anak-anak Anwar dihantar sekolah agama Darul Taqwa. Kalau nak jadikan mereka ni liberalist, pluralist, buat apa hantar anak sekolah agama?

    OK lah, ini pandangan aku. In the end, mcm aku cakap tadi, sebagai kakitangan awam, aku berterima kasih pada kerajaan UMNO/BN selama ini. Tapi untuk move forward mengisi pembangunan fizikal itu, aku nilai PAS & PR lagi layak terutama pembaharuan2 mereka utk kakitangan kerajaan dan juga masa depan Islam.

    ISLAM FOR ALL
    suara dari hati kecil
    -N O R U L E Z-

Wednesday, May 1, 2013

♡ SELAMAT HARI PEKERJA ♡


♡ MENYAYANGI & MENCINTAI ♡ 
Ini anugerah dan fitrah manusia. 
Mengapa kita mencintai seseorang? 
TENTU ADA TEMPAT YANG MENARIK HATI KITA. 
Jika kita terlanjur bercinta KERANA SEBUAH JANJI NESCAYA KITA AKAN TERTIPU OLEH HATI KITA SENDIRI. 
MATA KITA GAGAL MENTAFSIR REALITI ORANG YANG BERJANJI. 
Oleh itu TERIMALAH SEADANYA yang tentu mengambil hati kita.


salam...
pejam celik pejam celik pejam celik...
dh masuk bulan 5/mei dah
ya ALLAH...kejapnye masa berlalu..
tapi aku masih ditinggal waktu yg pantas berlari...
xterkejar rasanya...
:(

untuk semua pekerja diMALAYSIA..
xkira la kerja kerajaan ke...kerja swasta ke...kerja sendiri ke...
aku nak ucapkan selamat HARI PEKERJA
HAPPY LABOR DAY
mesti syok kan korg cuti...
Alhamdulillah...sama2 la kita manfaatkan cuti kita ni k....

pepagi bangun....tersedar bunyi alarm kat henpon...
nasib baik ingat hari ni cuti...kalo x...
mmg dah terpacak kat skolah dah pepagi  buta...
mklm la...semalam tidur cukup...
setelah penat membuang air mata menangisi nasib diri...
2jam menangis mmg PENAT....
tanpa mkn dan minum..
kul 9....terus aku zzzZZzzZzzz...

bangun2 pagi  mata sembab...
hahaha...comel sungguh!!
ok...aku nak sedapkan hati...
mandi semua...berbedak bagai..
aku duk tepi katil..
hmmmm...
otak aku ligat fikir macam2...
xpelah...
benda dh nak jadi...
aku biarkan jer....

 
kebosanan...
aku amik lappy...
aku online..
SAKIT PULAK HATI KITEEE!!
adeshhh...
aku abaikan perasaan aku...
mcmner aku diabaikan oleh kucing aku...
mcmtu la aku buat skrg...

penat aku dowh..
mana nak layan dunia politik di Malaysia  ni...
semak kepala bana aku
hmmmm...
kompius nak percaya yg mana satu...
dah la balik kg hari jumaat...
lepas mengundi terus bertolak balik jb...
sabar je la...
mmg bnyk menguji stamina aku...
hope xder pape la yg berlaku...

oh yer...
disini aku nak ucapkan berbanyak terima kasih...
kpd pengetua dan ppdjb sbb membekukan cuti semua cikgu kat skolah tu...
TERIMA KASIH KERAJAAN!!!!!
isunye mudah jer....kalau aku lewat masuk skolah pasni...jgn nak potong2 gaji aku...
keperluan mengundi sama besar dgn mengajar...
bukan ramai pn yg mohon cuti...knp cuti smpi dibekukan??
kami nak balik bukan 20km pakcik oiii...
kami nak balik 900km+++...
super duper okey kalau mcmni la cara melayan staff kan...
ok....sy sokong kerajaan BARISAN NASIONAL/UMNO...
so end up...
mmg meletihkan la kalo balik then smpi...pangkah...terus balik kan...
tapi xper...
demi satu jihad...demi satu perjuangan...aku sanggup berkorban ..
masa...tenaga...wangringgit...dayausaha....xper
demi utk #ubah....
okeyh!

dan aku pn perlu #UBAH...
seriously...
aku masih di takuk yg lama...
masih xder tanda2 #UBAH dalam diri pihak lagi satu...
masih hanyut dibuai keseronokan sementara...
so aku nak #UBAH...

#INI KALI LAHHHHHHHH

mmg menyakitkan hati kalo time mengarang ni ada jemari yg mengacau...
kena tempeleng kat muka baru tahu erti penyesalan...
terus diam dan wat mata sayu...
padan muka ko KETOT!
terus lari dan nyorok muka kat bwh bantal kan...

oh yer
**DAISYPATH TU MCM XBETUL JER...KEJAP LAGI AKU BUANG KO EH....**
hmmm...
mmg kena bikin baru la...
hampesss....
sakit pulak hati kiteee!
















Sunday, April 14, 2013

♥ T A K S U B ♥

salam and selamat mlm....

tgk tajuk dah xleh blah...
sbb TAKSUB ni semua org ada presepsi yg lain dari yg lain..

hmmm..
musim skrg ni demam PRU13...
so masing2 taksub dan heboh dgn parti politik masing2...
and aku mcm biasa....
GO GREEN!!!
:)

1st of all...
aku dah jumpe kembali kucing ketot aku yg hilang diskolah...
dah jodoh kami berdua...nak wat cane...
wlpn berpisah pn tetap kepangkuan jua akhirnya...

ok la tu kan....

akhir-akhir ni...
bnyk sgt benda berlaku dalam hidup aku..
kadang2 aku nak ignore jer..
tapi makin aku ignore...makin banyak dan makin bermaharajalela plak..
so aku must take action...
hmmmm...xper la....
nak wat cane.....benda yg elok semua org nak..
benda yg xelok...semua org nak elak...
so..bila dah jadi pada diri tu...
hanya kesabaran menjadi pedoman...
xder yg simpati xper..
xder yg menolong xper..
asalkan hidup aku xsusahkan org lain...
most of all...
i love my life so very deemmmm much

kenapa kalau gaduh/xpuas hati jer isu yg sama dibangkitkan...
bukan nak tunding jari kat org...
ni aku nak soal aku sendiri...
kadang2 dah berazam xnak ckp benda tuh
tapi hati ni meronta2 nak pecah..
mulut puas ditutup...
terkeluar gak...
alahaiiii....nipisnya kesabaran aku...
:((

hmmmmm..
itulah manusia..
xsabar....xsdr kesalahan sendiri...
kdg2...
rasa mcm sakit hati sgt2 bila jadi mcmni..
tapi apa nak buat...
benda menyakitkan sape nak telan dan terima kan...

then aku baru realize banyak benda dah change dlm diri aku...
hmmmmm....ini la pengaruh tgk cerita 3D...
adehhh....sabo je la...
xper la...
pernah ada makhluk ALLAH ckp...
sape boleh tahan dgn sikap dan perangai org lain...
hmmm...sbbtu la jadi mcmtu...
sbb dlm diri xder sikap menerima org lain seadanya...
dah tau aku buruk perangai....cuba guna cara berhemah utk didik aku..
bukan cara mencaci dan memerli...
simpang malaikat jgn kata hati aku xsakit k....

hmmmm...
overall....segala keputusan yang dibuat mmg menyakitkan hati...
malah banyak megubah hidup aku secara total lepas ni...

mmg org lain xrugi apa2...
mmg org lain boleh hidup senang lenang...
xper....
kalau ini jalan yg dipilih...
go on  je la dgn cara ni...

so moral of the story....
undilah PAS...

tq 
SALAM~

Friday, April 12, 2013

♥ D E M A M P R U 1 3 ♥ O M G ♥



  • SALAM DAN SELAMAT BERKEMPEN UTK ANDA SEMUA....

    sorry la....xder kisah best nak paparkan...sbb masing2 sibuk sembang dan uruskan pasal PRU13.....

    so sini aku update sket k....aku harap arus politik kita berubah la tahun ni yer...
    AMINNNN.....



    *****************************begini ceritanya*****************************

    Selalu tak dengar ayat-ayat yg berbunyik begini..? Eheh.

    "Awak ni tak reti bersyukur, kerajaan sekarang dah bagi macam-macam. Kene lah balas budi."

    "Eh kau, k...alau tak suka sangat kerajaan jangan duduk Malaysia."

    "Kau bising-bising ni sedar sikit kau tu kerja dgn kerajaan jugak!"

    "Pesara kerajaan perlu taat setia kepada parti kerajaan."

    "Piraahh..asyik hentam kerajaan, tapi ambik jugak baucar buku. Booo.."

    Ekhem. isu sensetip? Takpe..pandang apa yg saya nak cakap ni dengan pandangan ilmiah ok. bukan dgn perasaan emosional dan bodoh sombong. Siapa tahu anda tergolong dlm golongan yg misconception ni..so lepas ni anda tak salah lagi. :)

    Testing 1 2 3. Ekhem, bismillah.. Dengar sini semua dan semua dengar sini..:P

    Disebabkan kita mengamalkan demokrasi dan sistem pelbagai parti, maka anda harus terima hakikat kenapa wujudnya parti-parti politik seperti Barisan Nasional, PAS, Parti Keadilan Rakyat serta beberapa parti lain. Jadi, tidak salah sekiranya kita berbeza parti tak kiralah parti pemerintah atau parti pembangkang, itu HAK masing-masing. Lain la kalau kita ni negara komunis yg mengamalkan sistem satu parti iaitu parti yg menguasai kerajaan. Eh:p

    Parti politik adalah satu badan orang2 yg bersatu@bersama membina kepentingan negara&rakyat melalui prinsip@pegangan@perjuangan tertentu yg telah dipersetujui secara kolektif. Jadi, tak kira sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat sekali pun, apabila mereka memegang tampuk pemerintahan kerajaan justeru mereka menggalas tanggungjawab yg sama.

    Penyertaan parti-parti politik ni dalam pilihan raya umum membolehkan parti politik tersebut membentuk sebuah kerajaan sama ada di peringkat negeri ataupun pusat yg dipilih oleh rakyat melalui undian pilihan raya. Kebiasaanya, parti yg menang majoriti akan menguasai kerajaan. Tetapi harus diingat! tidak ada sebuah parti politik pun yg boleh menjadikan kerajaan itu seolah-olah bapak dia punya walaupun parti itu memperoleh majoriti utk menguasai kerajaan. And parti politik tak boleh jadi kerajaan ye. Parti politik hanya ruling party kpd kerajaan. Benda ni kita kena faham betul-betul. kalau tak, sia-sia bercakap bagai nak rak pasal politik kalau benda basic ni still taktau.

    So basically menjadi satu tanggungjawab WAJIB bagi kerajaan menyediakan barangan n perkhidmatan awam utk kesejahteraan masyarakat. Contoh: infrastruktur, bantuan bencana, taman-taman awam, penjagaan kesihatan asas, perumahan subsidi, pendidikan awam & kemudahan awam yg lain. Jadi, siapa pun jadi kerajaan memang menjadi tugas mereka utk menyediakan setiap prasarana yg kondusif seperti yg kita nikmati sekarang ni. Jadi, toksah dok pelik sangat la sebab tu dah memang kerja depa. kekeke.

    And one more benda penting yg anda kena sedar, setiap rakyat negara ni membayar cukar kpd kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung n tak langsung. Harga barang yg anda beli dlm negara ini sebenarnya anda bayar bersama harga cukai. Anda/bapak anda beli kereta dgn harga yg tinggi disebabkan faktor cukai la. Sama jugak barangan lain. Maka, setiap rakyat kena tahu yg setiap hari mereka bayar cukai utk bagi kat kerajaan. Jadi, anda boleh kata wang yg dibelanja oleh kerajaan adalah wang anda.

    Jadi wahai rakyat jelata sekalian, kalau kerajaan bagi bantuan/duit/elaun/apa-apa jela, tu bukan duit diorang kumpul dari kecik tau, tu duit rakyat. Malah, bukan juga duit mana-mana parti ye. Tolong la pahamkan benda basic ni. Please. Sebab masa kerajaan yg dulu berikan bantuan baucar buku n BR1M, peliknya TV3 paparkan "Rakyat berterima kasih kpd BN." Malah, semua makcik tok nenek yg muka masuk TV tu dok ulang terima kasih pada Barisan Nasional. Tu bukan duit BN ye, itu duit anda cuma modal dia pusing balik je. Sila lah sedar. Lainlah kalau program parti, haa..itu memang perlu guna duit parti tersebut. Takleh guna duit rakyat tau! Heh.

    So bagi saya, papan-papan tanda seperti "Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional" tidak sesuai digunakan. Seharusnya gunakan "kerajaan persekutuan” atau "kerajaan negeri" je cukup. Disebabkan slogan2 seperti ini jugalah, buat rakyat makin konpius.

    Plus, untuk tentukan bagaimana cemerlang dan bagusnya sesebuah kerajaan dlm mengendalikan wang negara, bukanlah ditentukan daripada jumlah perbelanjaan mereka sahaja, tetapi bagaimana mereka mengurus dan mengendalikan wang tersebut dengan AMANAH serta menggunakan hanya untuk pembangunan negara& kepentingan rakyat bukan utk diri@kroni senirik. Malah, kerajaan yg bagus seharusnya berjaya meningkatkan kedudukan ekonomi negara dan bukannya meningkatkan hutang negara. *general statement ye..:P*

    And last one, berkaitan pekerja kerajaan ni ye. Yes, mereka mmg perlu taat dan patuh dgn arahan kerajaan Malaysia. Kita kan 1Malaysia! Eh. Lagipun, dah bekerja bawah kerajaan kan, haruslah patuh dgn 'bos'. Tapi, wajarkah 'bos' mewajibkan dan menentukan parti mana yg pekerja dia perlu sokong? Sangat kelakar bila ada yg berpendapat hanya yg menyokong BN sahaja yg boleh bekerja dgn kerajaan dan yg bekerja dgn kerajaan semua perlu sokong BN. Anda oii, semua peluang pekerjaan, kemudahan awam atau apa-apa sahaja yg ada dlm Malaysia ni adalah hak utk SEMUA RAKYAT tanpa mengira latar belakang politik mereka. Sama lah macam baucar buku, itu untuk rakyat Malaysia. Apa pembangkang bukan warganegara ke? Yg orang asing boleh pulak bagi kewarganegaraan. Eh lagi.

    Kalau tak faham lagi, saya bagi contoh paling mudah. Antara PDRM dgn Kerajaan, siapa yg berkuasa? Well..mestilah kerajaan kan. kalau antara PDRM dgn UMNO? siapa pula yg berkuasa...? Eh, jgn terasa ye saya sekadar bertanya. Hihik. Erm..pekerja kerajaan ni sebenarnya perlu patuh dgn arahan kerajaan Malaysia atau arahan parti ye? Gaji pekerja kerajaan tu dibayar menggunakan wang parti itu sendiri ke? Ye, memang parti pemerintah dan kerajaan tu hakikatnya akan berkait. Tapi, still kena reti beza ok. Lagi satu, wajarkah seorang pesara kerajaan yg telah berkhidmat utk negara dilabel sebagai "tidak kenang budi" dan "tidak ada maruah" hanya kerana kemudiannya menyokong pembangkang? Ish ish. Betapa tak matangnya pemikiran tersebut..sukati dia lah. :P

    So, betulkan persepsi songsang anda. Erm, yg pasal kes suruh berambus dari Malaysia tu dah kritikal sangat kot. Banyak kena fahamkan lagi tu, kalau tak mmg seronok je org gelakkan ayat 'patriotik' anda tu. Heh. Actually, benda ni anda yg bijak ni pun dah boleh pikir sendiri sebenarnya, kita sendiri nampak bagaimana sesetengah pihak menyalahgunakan kuasa yg ada. Dah macam negara ni mereka yg punya pulak. Eh. Agaknya bagaimana keadilan akan tertegak sekiranya penimbang itu berat sebelah?

    Jadi, sebagai golongan terpelajar dan bijak bistari, patutkah anda sekadar duduk dan melihat saja tanpa ambil tahu? Jangan jadi masyarakat typical yg mudah berpuas hati apabila diberi ganjaran walaupun hakikatnya sedikit apatah lagi masyarakat yg langsung tidak mahu kisah. Cukup sekadar wakil rakyat mereka turun sewaktu hari berkempen dan memberi saguhati sepanjang hari berkempen, lepas tu...? Hurm.

    Akhir kata, kerajaan dan pembangkang sebenarnya harus bertindak sebagai "check and balance". Mereka bekerja demi kepentingan rakyat. Bila pembangkang mendesak itu dan ini, then kerajaan pun buat kerja sbb ada tekanan, mungkin kita tak dapat apa yg ada sekarang kalau mereka yg diatas terus tak sedar diri dan bermaharajalela dgn kuasa yg ada. Lumrah manusia, kena ketuk baru jalan. Tapi, anda sebagai rakyat tetap berhak untuk memilih kerajaan pilihan anda utk 4tahun yg akan datang. Parti tu parti la. Kerajaan itu rakyat! Luaskan kuasa rakyat. SELAMAT MENGUNDI! :)

    P/s: Kalau anda kata saya 'tak kenang budi' jugak, maknanya anda kena baca lagi sekali. Maafkan saya jika tersalah kata atau terasa. :)

    "Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan apa-apa yg tidak kamu kerjakan." (As-Saff: 2-3)

    Wallahu'alam.

    ***********************************************************************************

    aku harap sangat2 kali ni berlaku perubahan besar dlm arena politik malaysia...
    bosan dah aku wei nak hadap semua ini....

    INI KALI LAH!!!!


    -norulez arifin-

Sunday, March 17, 2013

♥ M A T I.....................kutu akhirnya ♥

greetings!!

mood xberapa baik la..
sblm tu post pic penyejuk mata dulu kejap!

teeeeeettt....
ini la aku.....aku yg comot...comel...karipap...
sausage...sardin...tembam...emo...
giler....sengal...kuat makan...
suara mcm speaker dll....
tq~

kdg2 suka tgk pic sendiri...
self picture la kan...
paling aku suka pada badan aku ialah ...
jap nak pilihh.....

maybe hati aku kot...
why?
sbb lembut mcm kuih ketayap...
fragile mcm kaca...
cair mcm aiskrim..
keras mcm batu sungai..
bersih macam asap rokok!

and why???
sbb mudah sgt tersentuh hati...
mudah terasa hati...
mudah terguris hati..
mudah makan hati...
mudah mati hati...
semua dlm hati aku ni sifatnya MUDAH!
and yess....mudah sgt hati aku ni bolak-balik..
maaf kepada insan yg aku dah lukakan hatinya...

harini supposed aku rasa aku insan yg paling bertuah kot...
tapi sbnrnya banyak lagi yg aku xdpt nak kejar...
makin aku kejar makin aku lari...
adakah kerana aku ni bersifat TANAH....maka aku senang utk dipijak???
adakah sbb aku ni dalam kumpulan TANAH maka senang2 aku di tolak ketengah ketepi...
hmmmm..
tapi aku bangga dgn tanah....
sbb tanpa tanah....xder bumi ni....
heee...

sbnrnya....bila dikaji dari sudut psikologi...
tahap aku skrg ni adalah normal...
xder lagi tanda sawan2 unta...
simptom kencing berdiri pun xder...
masalah kancing gg pn xder....
hmmm..
tapi masalah yg satu ni buat aku hilang tahap ke psychologian aku....
hmmm...
sabar jer la...
OH HATI!!!!

sblm itu izinkan aku detailkan perihal diriku dahulu...

makanan kegemaran : nasi ayam...jagung rebus...masakan pedas gilerrrr!!
minuman kegemaran : teh oooooo aissssssssssssss....dan teh oooo aissssss.....
artis kegemaran : aku sendiri time aku koya jadi artis dlm jamban.
kereta idaman : kereta yg mempunyai 4 tayar yg tahan lama
rumah idaman : rumah yg dibeli dgn duit org lain...tapi nama rumah tu nama aku.
bilangan adik beradik : 6 org.....aku anak last....abg long dah xder....jadi kami skrg 5org jer... :(
warna kegemaran : warna hitam...kelabu...putih dan hijau....semenjak 2menjak ni minat pink+purple...APTB
buku kegemaran : buku cerita zaman kecik2..
cerita kegemaran : cerita kartun....janji yg comel2 jer taw
nama suami : masih dalam pemerhatian
bilangan anak : aku nak anak ramai...at least 4org..
ayat yg paling suka disebut : semua yg ada dlm kamus tatabahasa..
impian : nak buat semua benda yg aku statekan diatas....

quote dari hati ::
kdg2 rasa org lain ni saje je kan...xnampak aku....
bila aku baik sket mula nak ckp aku carik perhatian..
bila aku xlayan ckp aku bermasalah...
sorry la....aku xder masa nak create masalah...
tapi aku ada banyak masa utk mkn n lepak...
hihihi

sbnrnya aku ada nak share satu hal tadi...
tapi bila pk its too personal..
jadi aku biarkan ia berada didlm rongga badanku...
jadi....
dah xder benda dah nak citer....



************somebody....i need ur shoulder*************



Saturday, March 16, 2013

♥ I M P E R F E C T ♥

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama

Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?

Apa kau buta apa kau pura-pura suka
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku

Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu

Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
Dia mungkin bengis seperti singa
Tapi dia nangis tonton cerita Korea

Dia mungkin keras bila bersuara

Tapi dia jelas jujur apa adanya

Aku lagi kenal dia
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi

Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi

Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya

Apa kau lihat pada aku jujurkan saja

Terus kau cubit dagu aku sambil berkata
Sayang mungkin baran tak kira masa
Tapi sayang tahan kalau yang salah saya

Sayang mungkin saja keras kepala

Tapi sayang manja bila kita berdua

Saya kenal sayang saya
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa

Biar tak dipercaya

Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa

Berkilau tak bermakna

Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta

Suaraku keras tak berbahasa

Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta

Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

heeeeeeee....
sweet sgt lirik lagu ni...
mmg ada yg banyak kena pada muka sendiri...
tapi biasa la...
manusia ni imperfect...
so kena terima hakikat tu...
barulah hidup happy dan ceria selalu..
bila happy xmestinya kita ok..
dan bila gadoh xmestinya kita sengsara..
sometimes..
kita perlukan masa untuk diri kita dan utk org lain..
yess..
and i agree with that...

kdg2 kita rasa kita dah buat yg terbaik utk org sekeliling kita...
tapi kita jgn lupa...
bila kita buat sesuatu....insan lain akan xfaham dan xtahu mcmner kita tafsirkan sesuatu....
bila jadi mcmni..
kesabaran itu penting...
tapi sbg manusia yg imperfect...
sabar la perkara yg paling susah nak buat...
senang  nak declare kita sbr...sbnrnya kita la yg meruntuhkan benteng kesabaran itu...

hope...dengan segala dugaan dan rintangan yg terjadi...
moga dpt kita lalui dengan lebih matang dan lebih muhasabah diri...
bukan utk org lain...tapi utk kebaikan diri kita dan org sekeliling kita...
xder guna nak tunding jari salahkan sesiapa...
cuma please...
fahami pasangan dan org sekeliling kita...
if kita nak ikut kepala kita jer...
mmg xkan aman la dunia ni..
sbb kita akan sentiasa fikir...
apa yg kita buat itulah yg terbaik..
namun...sbnrnya...its going nonesense to somebody...

hidup aku simple...
aku hanya perlukan insan yg faham aku...
cukup buat aku selesa dan rasa dihargai...
rasa seperti aku diperlukan...
rasa seperti aku di ingati...
bukan kerana apa2....
tapi kerana aku dan attitude aku sendiri...

sorry to say...
aku bukan perempuan menggelabah yang nak tunjuk itu ini...
yg nak canang itu ini...
yg bercakap sket2 mcm bagus...
yg semua nak nampak hebat...
NO...its not me...
aku hanya budak kampung yg baru nak merasa hidup..
even terlewat dari segi usia...
namun aku bersyukur...
disebalik sindiran dan hinaan tu...
aku mampu tersenyum dan berkata....
AKU ADA APA YANG KO XDER!!!

aku xperlukan brg mahal utk dihadiahkan...
aku xperlukan pujian utk aku gagah berjalan...
cukup bagi aku dorongan dan semangat...
sbb aku tahu..
aku perlukan itu utk hidup aku..
hidup aku yg aku sendiri akan corakkan..
so please...
stop talkin that im such a looser...
coz...bukan awk utk tentukan arah hidup saye...
tapi....sy sendiri yg akan corakkannye dgn acuan sy sendiri...

and for u....u ....and u...
please go die...
and get ur bloody life k...


♥ NORULEZ